Nov 29, 2013

Kenangan di INTIM.

Assalamualaikum .
Semalam baru balik daripada intim. Ade kem dekat situ daripada 24-28 november.

Aktiviti selama 5 hari tuh same je. Hafal quran, mengulang, belajar, makan, rehat. Tapi best sebab tak ramai. Suasane pon aman damai. Eceh ayat hang. Waktu free yang betul betul time malam lah, pukul 10. Time tuh lah nak terbang ke bilik kawan. Time tuh lah buat jamuan makan. Time tuh lah bace novel. Time tuh lah memekak. Senang cerite, kau boleh buat ape kau yang suke. 28 November, aktiviti lain sikit. Yelah, nak balik dah mase tuh ~ Kelas quran macam biase tapi sampai pukul 9.30 pagi je. Lepastuh balik bilik kemas barang then checkout. Pukul 10.30 kene pergi bilik audiotirium sebab ade ceramah motivasi daripada Ustaz munawir tak silap. Lawakkk giloooooooo ustaz tuh. Semua program habis lepas zuhur dan semua boleh balik. Aku tumpang DinniQistina untuk kali kedua. Oiiii, segan kot. Yang datang ambil ayah dan abang die. Buat muke tak malu jelah -___________-  

Kitorang tak terus balik, singgah kampung Dinni kejap smentara nak menunggu ayah die hantar kereta untuk dibaiki. Mulemule memanglah janggal. Tapi disebabkan ade ramai budak kecik kat rumah tuh, seronok. Yang paling aku suke, Kimi, budak lincah dan aktif. Mulemule die malu dengan aku. Dah lame sikit, baru ok. Aku memain dengan die. Terkejut tengok die makan keropok dengan sos cili. Tak minum air pon, kagum aku. Die tak reti duduk diam. Kalau duduk sekejap je, pastuh lari lari. Comel gile, tak tipu. Yang lain pon comel jugak :)

Lepas asar baru dah nak balik. Dah salam semua baru bertolak. Eh, sebelum tuh singgah Billion, Dinni kempunan aiskrim hehe. Semua keluar ayah die sorang kat kereta. Dalam 5 minit, baru balik Seri Iskandar. Sempat tidur dekat kereta. Penat. Dinni dari awal sampai akhir, bace novel je ler. Nak dekat dekat 6.30 jugak lah, baru selamat sampai rumah. Alhamdulillah.


Copp, nak selit gambar sekejap -,-
Kenangan di INTIM. Aku, Diniah, Saadah, Nasuha, AisyahNad.

Nov 22, 2013

Ibu itu HEBAT

Assalamualaikum awak awak dan awak. 

Harinie saye nak post sikit pasal seorang insan yang bergelar ibu atau mak atau mama atau mummy atau apeape panggilan untuk mak anda. Aku tak kisah. Sperti yang kite semua tahu, syurga terletak dibawah tapak kaki ibu. So, kite kene hormat mak kite semua. Mak saye, mak anda, mak masingmasing. Jangan kuajaq dengan mereka. Saye cakap nih bukanlah bermaksud saye seorang anak yang solehah, mithali dan wow wow gitu. Saye manusia biase jugak. Buat salah, buat dosa. Tapi sebagai manusia tak salah kite saling ingat mengingati kan? Kalau rase ade buat salah dengan ibu masingmasing, nasihat saye, cepat mintak maaf. 
Aku tak suke bile anakanak tinggikan suare dekat mak diorang. Rase nak tampar kiri kanan kiri kanan. Sedih. 

Bile mak kite dapat tahu yang diorang dapat baby, orang first gembira, ofcourse ler mak kite. Orang yang mengandungkan kite, konfem konfemlah mak kite. Mak kite yang bawak perut yang semakin membesar kesana kemari. 9 bulan 10 hari kan? lame tuh awak. bukan sekejap. Nak duduk payah, nak baring payah. Nak keluarkan kite lagilah payah. Mereka bertarung dengan nyawa. Eleh kau, mane kau tahu? Aku tahulah, mak aku cerite. sayang mama :*
Bile kite keluar dengan selamat, mak kite gembira. Mengharap anaknye akan menjadi anak yang soleh solehah. 

 Part yang tak seronok bile ade yang tak jadi anak macam mak ayah die harapkan. oke, itu sedih :'(  Bile si anak bertengkar dengan maknye. Bile Si anak bertegang urat dengan maknye. Bile Si anak mencabar maknye. Hello awak, tak sedar diri ke itu mak awak? Tak sedar diri ke kalau takde mak, awak tak wujud dekat dunia nih. Jangan nak berlagak macam dunia nih awak punye. EHH? Janganlah sampai mak kite doakan yang buruk buruk untuk kite. Taat ibu, sayang ibu, hormat ibu, peluk ibu, cium ibu = BAHAGIA. kann?

 Awesomeeeeeeee mama!
LuvYou :)

Nov 20, 2013

001_BOND

Bismillahirahmanirahim. Achaaaaaaaaaaaaaaaa kembali.
So, sangat sangat sangat lame aku tak update blog. Dah lame aku tak sign in account nih. Dah lame aku tak story kat sini. Dah lame aku tak type dekat sini. Dah lame aku tak bersihkan blog aku yang terbiar nih. Maklumlah, orang sibuk. Tak boleh buat ape daaaaa~ *balingkasut*
Hati aku tergerak nak bukak blog aku nih pon sebab ade bace blog kawan aku. BARU TERINGAT AKU ADE BLOG SENDIRI. peace :) Kalau aku tulis pon, takde sape yang sudi bace, takde sape yang sudi dengar. Takde siape yang sudi faham. Ohyeah, mood aku tak stabil. Aku sedih. krikkkrikk. abaikan.
Aku baru balik daripade kem nih. 001 bond name diberi. Kem yang hebat, kem yang hebat dan kem yang hebat. Serious hebatt. Nak lagi please. Rindu kem. Tolongah faham. :0 Kem nih berlangsung selame 3 hari 3 malam. Name pon kem, ofcourse lah banyak aktiviti yang kitorang buat. mulemule sesi ta'aruf akak akak dan abang abang fasi. Dan diorang ade name samaran masingmasing. Abangabang fasi punye semua pelik ok. Takde yang normal. hehehe. Nak panggil kekadang rese geli sikit. SEDIKIT. Ade yang aku lupe. ade yang aku taktau langsung, sebab tak bagi perhatian time diorang bercakap. halal eh.



Lepas tuh ade pembahagian kumpulan. Aku dapat kumpulan 'kawad sambil menguap' dan name samaran aku Berlian. Wowwww, berlian -.- kitorang dikehendaki buat logo,trademark dan nme kumpulan. Lepas buat logo, kitorang kene bentangkan dekat lelaki. heh, awal awal malu lah. Tapi bile abangabang datang kritik bagai,conteng bagai,suasane jadi panas jap. Kecoh satu dm. semua dah tak peduli ape. tak pandang kiri kanan. yang kuajaq pon ade. Takpe saye faham situasi anda. Penat mulut lawan cakap. Penat mulut bagi hujah bagai. Penat otak cari macam mne nak senyapkan mulut pengkritik. Then, aku rase logo 'laskar pelangi' antare logo yang banyak kene conteng. Ohye, dapat tandatangan lagi daripade akhi joey. Soalan femes daripada abang fasi "ape maksud LASKAR" . *tundukbawah* tapi ade jugak yang jawab, "bacelah novel die, baru tau ape jawapan die." huh. Kat logo kitorang ade pelangi, awan, pokok, burung. Then kitorang kene bagi hujah ape kene mengena gambar tuh semua dengan ukhwah dan sifat kepimpinan, contoh aku bagi pokok. Pokok nih rakyat then akar nih pemimpin. Kalau akar nih rosak mean pokok die pon rosak jugak. Kalau pemimpin rosak, rakyat akan rosak jugaklah. ada paham?

Kitorang ade nightwalk, ade buat tarian tommy (comel gilaa kooott), exploraces, runners on road(kot), panjat bukit tunggal, dan macam macam. Paling suke nightwalk. Sepanjang nightwalk, aku tak sembang lagi dengan mnemne hantu. Tak takut dengan hantu takut dengan lelaki. 2 watak yang berbeza. faham konsep. Hantu lain, lelaki lain. Dah merepek. Kalau bosan, close tab -.- panjang lagi aku nak cerite. Part malu time terhantuk kepala dekat dinding, kene tipu dengan hantu, tersadung kat tangga. Der, tak hilang lagi malu. *over* Part yang tak best bile sorangsorang duduk atas rumput sambil menunggu kawan yang lain habis. Tercongok je kot aku dekat situ. Lastlast tidur. Bile bukak mate, suasane gelap suram, ade orang baring. orang keliling aku. berterabur. Dah cukup semua, pegi masjid. Ok, sampai situ nightwalk. Pagipagi tuh abang joey cerite, nenek kebayan kene tampo. Perempuan yang tampar. Yes, kawan aku. hahaha. Name die kene mention, woihh, malu kottt :>
  
*calitsirapp*

Hari Sabtu hari paling kenyang. Kitorang makan bubur marie+sos+kicap. Maaaaaaaa, nak muntah eden. ade yang cakap sedap. Kene licinkan mangkuk tuh. Then, kitorang makan 1 batang carrot yang mentah tuh. Makan timun yang ade SEDIKIT tercampur dengan lumpur. Kene tukar gulegule dengan kawan melalui mulut -______________-  Biskut hupseng cicah tepung. TAK. TIPU. KENYANG. WEH. Dah habis buat semua tuh, balik dm, tidur. letih.
                                                               



HARI AHAD, merangkap hari last :( Kitorang panjat bukit tunggal. Group kitorang last. YESSSS, takde laki kat belakang. memang bebas lerr kitorang kat belakang. Sambil nak keatas tuh, kitorang ade berhenti dekat checkpoint.  Checkpoint 1, makeup time. muke kene lumur dengan tanah plus tepung. Ohh comel sungguh :) Checkpoint 2, Kene lumur jugak dengan tanah. Checkpoint 3, kene past getah dekat kawan gune straw dekat mulut. Checkpoint 4, kene angkat batang bagi stabil. Tangan aku takde fungsi ape pon senanye. Tak rase apeape pon. :p Barulah sampai keatas. Diorang bagi air glukose dengan biskut kering. Alhamdulillah. Dah siap semua, kumpul. Ustaz zainal berucap sikit disusuli dengan ucapan akhi Ryu. Ohye, sepanjang kem nih, Akhi ryu yang banyak cakap. Maksud aku, akhi yang banyak berucap. Pengarah die 'abang yang'. Bukan salah aku, memang tuh name samaran diorang. Dah habis semua tuh, balik dorm, kemas ape yang patut, pegi dm balik untuk majlis penutup, penyampaian hadiah. Laskar pelangi kumpulan yang terbaik dalam kalangan perempuan. Ohyeahh. Tak dapat kenal pasti ape yang membuatkan kami kupulan yang terbaik. Serious. Apeapepun, syukur (:





HAAAAAA, nampak tak yang comelcomel nak tumbang tuh? :3

ahaaaa, lupe nak cerite. Ade satu mase nih, kitorang kene bina bangunan. Ciriciri mestilah cantik, tinggi dan stabil. Bangunan laskar pelangi lah yang paling rendah paling tak stabil. Gelakgelak aku dengan ahli kump. aku yang lain. mase nak letak kat tengah pon, dah senget. Finee. Kitorang dapat 20 mark kott untuk bangunan tuh. pastuh, kitorang dikehendaki ambik bangunan masingmasing, letak kat tengah bulatan kump. masingmasing. 1 saat 2 saat 3 saat, titibe ade lagu rancak. Akk akk dan abg abg fasi semua jadi ganas. Diorang hancurkan kitorang punye bangunan. koyakkan. Ah lantaklah, kitorang semua pon join lah. Dalam 5 minit macam tuh, diorang sruh senyap. Kitorang kene marah. hehehehe malu je. Siape suruh join diorang hancurkan bangunan? Padan muke hang. ok habis.

Sekian saje daripada berlian :) wkwkwk. Tapi nak cakap dekat sini, tak puas. Tak puas dengan 3 hari je. Kalau boleh nak seminggu. hamboi hang, over nye -,- 001 BOND DAAAAA BEST .